______________Selamat Datang_____________ Blog Ini menyediakan pelbagai cerita menarik serta cerita terbaru untuk tontonan anda secara online tanpa sebarang bayaran... Anda dibenarkan copy link semua movie yang terdapat dalam blog ini Untuk memudahkan anda memuat turun sesuatu movie tanpa had secara percuma... Dengan itu,sebagai tanda terima kasih anda kepada Cerciter Online.. anda hanya perlu like page facebook Cerciter Online mudah bukan?? jadi tunggu apa lagi.. like lah jika belum.. _____________Terima kasih_____________

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011 (ABPH 25)

Label: , ,



ABPBH 25 semakin hampir dan pelbagai kejutan telah mula diketahui satu persatu. Semalam, sidang media untuk memperkenalkan penyampai trofi dan juga persembahan telah berlangsung di Holiday Villa Subang. Seperti tahun-tahun lepas, pengacara pada malam tersebut masih dikekalkan iaitu Raja Azura dan Sharifah Shahirah serta ditambah dengan dua pengacara yang tidak asing lagi iaitu Zizan Razak dan Didie Alias. Diharapkan gabungan pengacara baru dan lama ini akan menyerikan lagi anugerah tersebut sekaligus mewarnai ABPBH 25 nanti.

Apa yang paling mendapat tumpuan pada sidang media tersebut ialah pelakon popular Aaron Aziz dikatakan juga akan turut membuat persembahan pada malam itu, tetapi tidak dapat dipastikan samada pelakon utama Ombak Rindu itu akan membuat kemunculan dengan nyanyian ataupun lakonan. Apapun penyenaraian Aaron didalam persembahan ABPBH 25 pasti membuatkan semua peminat tidak sabar lagi menanti pada malam itu. Bukan itu saja, pelakon lain yang turut membuat persembahan adalah Fauzi Nawawi, Lisdawati serta pelakon kontroversi didalam filem Datin Ghairah iaitu Maria Farida.

Kelainan yang cuba dibawa didalam ABPBH 25 kali ini amat menarik perhatian, sekaligus berjaya mencipta debaran untuk menunggu hari bersejarah tersebut. Antara artis popular yang lain yang telah diberi kepercayaan adalah Adira, Aizat, Alyah, Anuar Zain, Azhar BIBH, Azlan Typewriter, Black, Bob, Hafiz, Hazama serta ramai lagi.

Tonton ABPBH 25 secara live(8 April 2012) Sekarang!!!>

Ada Komen Atau Cadangan??

Jika ada sebarang komen atau cadangan sila hantarkan ke page Ruangan Komen..