______________Selamat Datang_____________ Blog Ini menyediakan pelbagai cerita menarik serta cerita terbaru untuk tontonan anda secara online tanpa sebarang bayaran... Anda dibenarkan copy link semua movie yang terdapat dalam blog ini Untuk memudahkan anda memuat turun sesuatu movie tanpa had secara percuma... Dengan itu,sebagai tanda terima kasih anda kepada Cerciter Online.. anda hanya perlu like page facebook Cerciter Online mudah bukan?? jadi tunggu apa lagi.. like lah jika belum.. _____________Terima kasih_____________

Man Sewel Datang KL

Label: , ,


Perkaitan
Watch Man Sewel Datang KL Full Movie .
Tengok Man Sewel Datang KL Full Movie .
Tonton Man Sewel Datang KL Full Movie .


SINOPSIS MAN SEWEL DATANG KL

Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.

Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.

Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.

Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.

DETAILS MAN SEWEL DATANG KL
Tarikh Tayangan : 31 Mei 2012
Pengarah : Abdul Rahman Adam (Fdam)
Penulis skrip : Abdul Rahman Adam (Fdam)
Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman & Hamizi Mat Juah @ Mat B.K.T
Penerbit : Rafiecca Md Radzi & Dzulhailee L’ Akhbar
Terbitan : Work Move Productiion Sdn. Bhd
Pelakon : Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam & Chef Yang Jamil
Penampilan Khas : May




Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

Baik Giler

Label: , ,


Perkaitan
Watch Baik Giler Full Movie .
Tengok Baik Giler Full Movie .
Tonton Baik Giler Full Movie .



Sinopsis: Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan.Afik yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan.Dia cuba melupakan segala kejadian, selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida). Hakikatnya dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka apabila menganggap orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan dirinya `Baik Giler’.Pada anggapan Afik istilah `baik giler’ bermakna seseorang yang baru baik daripada gila dan apabila istilah tersebut diucapkan padanya ia merupakan suatu penghinaan buat dirinya. Pada hal istilah `baik giler’ merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud suatu pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.Pada masa sama, disebabkan hasutan Joe (Esma) yang mendakwa kemasukan semula Afik ke pejabat mereka akan memporak-perandakan keadaan, Kimi meminta kekasihnya, Diana (Fazurina), mengenakan Afik.Dalam filem ini Kimi digambarkan sebagai watak yang sering memburuk-burukkan Afik sebagai orang yang masih gila.


Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

8 Jam

Label: , ,


Perkaitan
Watch 8 Jam Full Movie .
Tengok 8 Jam Full Movie .
Tonton 8 Jam Full Movie .


SINOPIS FILEM 8 JAM
ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.

Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.

Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.
Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.

Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.

Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.



Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

Aku Kau dan Dia

Label: ,


Perkaitan
Watch Aku Kau dan Dia Full Movie .
Tengok Aku Kau dan Dia Full Movie .
Tonton Aku Kau dan Dia Full Movie .


Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.

Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan.

Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut.

Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?


Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

Mael Lambong

Label: , ,


Perkaitan
Watch Mael Lambong Full Movie .
Tengok Mael Lambong Full Movie .
Tonton Mael Lambong Full Movie .


Sinopsis:
Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.

Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.
Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?


Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

Jiwa Taiko

Label: , ,


Perkaitan
Watch Jiwa Taiko Full Movie .
Tengok Jiwa Taiko Full Movie .
Tonton Jiwa Taiko Full Movie .


Sinopsis:
Jiwa Taiko adalah merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan di antara mereka. Kisahnya bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta. Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya. Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman. Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya. Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.

Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Label: , ,


Perkaitan
Watch Hanya Aku Cinta Kau Seorang Full Movie .
Tengok Hanya Aku Cinta Kau Seorang Full Movie .
Tonton Hanya Aku Cinta Kau Seorang Full Movie .


Sinopsis:
MENGISAHKAN tentang perjalanan kisah dua orang sahabat iaitu MUKHLIS dan MURNI dalam mencari erti cinta sebenar. Mukhlis dan Murni bersahabat baik dan mereka mempunyai hubungan paltonik antara satu sama lain. Tiada siapa dapat memahami mereka lebih dari mereka sendiri. Murni mencuba mencari pasangan cinta untuk dirinya dan Mukhlis berjanji akan mencari Mr.Right buat Murni hingga ketemu. Dalam pencarian Mr. Right buat Murni, seorang lagi rakan mereka turut membantu iaitu Stacy yang baru saja berkahwin dengan Felix. Mukhlis membuat profile untuk Murni melalui sebuah website iaitu Meet Soulmate. Berbagai-bagai jenis lelaki yang dijumpai mereka dalam pencarian mencari Mr.Right Murni. Mukhlis memperkenalkan Mukhlis pada kawannya iaitu AYIM. Hubungan Mukhlis dan Ayim juga menimbulkan pertanyaan buat Murni dan murni mengsyaki Mukhlis dan Ayim adalah pasangan gay. Dalam pencarian mereka, Mukhlis, Murni dan Stacy bertemu dengan IQWAL. Iqwal seorang lelaki matang yang sedang menunggu masa untuk mengadap ilahi kerana penyakit kanser hati yang dialaminya. Hubungan antara Murni dan Iqwal berkembang dengan baik dan tanpa disedari Mukhlis sedikit demi sedikit mengundur diri dari kehidupan Murni. Pelbagai peristiwa berlaku dalam hubungan Murni dan Iqwal serta Murni dan Mukhlis menyebabkan Ayim tampil untuk bersuara. Ayim memberitahu Murni bahawa selama ini orang yang paling mencintai Murni adalah Mukhlis tapi Mukhlis adalah tipikal lelaki yang tidak sanggup meluahkan perasaannya kerana takut Murni menjauh darinya. Murni sangat terkejut mendengar cerita dari Ayim dan pada masa yang sama, ZIZI iaitu adik IQWAL juga datang menemui Murni dengan perkhabaran sedih mengatakan bahawa Iqwal mengidap kanser hati dan Zizi meminta Murni dapat membahagiakan abangnya. Murni dalam dilema untuk mengejar siapa kerana seorang adalah lelaki yang sangat penting dalam hidupnya dan seorang lagi lelaki mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya. Murni cuba untuk menceriakan hari-hari Iqwal namun mindanya lebih memikirkan tentang Mukhlis. Murni meminta maaf pada Iqwal kerana dia harus menjejaki Mukhlis yang ketika itu berada di kampung. Dalam perjalanan pulang ke bandar, Mukhlis terlibat dengan kemalangan jalan raya dan menyebabkan sebelah matanya rosak teruk. Tanpa disedari juga, Mukhlis juga pernah mendaftar sebagai penderma organ di hospital. Mukhlis menderma hatinya pada Iqwal kerana dia tahu hanya Iqwal yang boleh membahagiakan Murni.

Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

Bohsia 2: Jalan Kembali

Label: , , ,


Perkaitan
Watch Bohsia 2 Full Movie .
Tengok Bohsia 2 Full Movie .
Tonton Bohsia 2 Full Movie .


Sinopsis:
Sinopsis:
Sejarah hitam sebagai bohsia dalam diari hidup Amy akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. Dia melangkah kaki ke sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis-gadis terlanjur dalam mengubah nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan hidup baru. Berbeza pula dengan nasib nasib, Tasha semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bosia yang dikawal ketat oleh Acai. Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya dari lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya. Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu Tasha lalu berjanji untuk mengembalikan Tasha ke pangkuan ibunya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasha enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha untuk membawa Tasha ke jalan kembali.... "Raja" kumpulan Mat Rempit, Acai kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasha disisinya. Dalam masa yang sama dia meneruskan niat jahatnya menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Jika menerusi filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam... kisah realiti anak muda yang terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan Kembali.... menyelongkar segala onak dan duri kehidupan golongan remaja songsang disamping menerapkan pendekatan positif kepada golongan ini yang sebenarnya mampu dijinakkan dan wajar mendapat sokongan masyarakat. Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka. bagaimanakah kesudahan hidup Tasha? Adakah Acai akan terus menjerumuskan gadis-gadis yang lemah pegangan agama?

Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

X: Janda-Jandaku Gangster

Label: , , ,


Perkaitan
Watch X Full Movie .
Tengok X Full Movie .
Tonton X Full Movie .


Sinopsis:
5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh - berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa? Semuanya bakal terjawab dalam komedi romantik yang penuh bermesej ini.

Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

Gerimis Mengundang

Label: , , ,


Perkaitan
Watch Gerimis Mengundang Full Movie .
Tengok Gerimis Mengundang Full Movie .
Tonton Gerimis Mengundang Full Movie .


Sinopsis:
Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untul lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani. Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.

Tonton movie ini online?
Tonton movie ini sekarang!!!

Pesanan

*Untuk memilih banyak lagi movie sila masuk page senarai movie