______________Selamat Datang_____________ Blog Ini menyediakan pelbagai cerita menarik serta cerita terbaru untuk tontonan anda secara online tanpa sebarang bayaran... Anda dibenarkan copy link semua movie yang terdapat dalam blog ini Untuk memudahkan anda memuat turun sesuatu movie tanpa had secara percuma... Dengan itu,sebagai tanda terima kasih anda kepada Cerciter Online.. anda hanya perlu like page facebook Cerciter Online mudah bukan?? jadi tunggu apa lagi.. like lah jika belum.. _____________Terima kasih_____________

Suatu Malam Kubur Berasap

Label: ,



Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap:- Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.
Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Filem ini akan ‘berasap’ di pawagam pada 22 Disember 2011.

Tajuk Filem:
Suatu Malam Kubur Berasap

Pengarah: Ernie Chen
Penerbit: Outloud Studios Sdn Bhd
Dipawagam: 22 Disember 2011

Pelakon Suatu Malam Kubur Berasap:
Angah Raja Lawak
Along Cham
Azrul Zaidi
Nurul Ain
Zami Ismail
Acappan
Ruminah Sidek


Tonton Online Suatu Malam Kubur Berasap di tube?
Tonton Online Suatu Malam Kubur Berasap Sekarang!!!

Ada Komen Atau Cadangan??

Jika ada sebarang komen atau cadangan sila hantarkan ke page Ruangan Komen..